Monday, May 15, 2017
Thursday, April 27, 2017
KERJAYA PELANCONGAN KIAN BERKEMBANG
Industri pelancongan malaysia sedang berkembang pada kadar yang amat pesat sekali. Peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia adalah hasil usaha promosi dan menggalakkan pelancongan yang strategik lagi sistematik yang bertujuan untuk memasarkan Malaysia kepada masayarakt antarabangsa. Promosi Tahun Melawat Malaysia telah menampakkan pulangan yang memberangsangkan. Pertambahan jumlah pelancong yang melawat Malaysia saban tahun memberi beberapa implikasi yang penting terhadap sumber daya tenaga manusia yang diperlukan untuk menyokong industri ini, terutamanya sumber manusia dalam sektor perkhidmatan.
Pemandu pelancong merupakan salah satu sektor yang penting dalam industri pelancongan yang berhubung secara terus dengan para pelancong. Pemandu pelancong memainkan peranan yang amat besar dalam memberikan gambaran yang jelas, tepat dan menarik mengenai Negara Malaysia kepada pelancong. Pemandu pelancong yang berketerampilan mampu meninggalkan kesan positif yang berkekalan kepada para pelancong untuk menarik minat mereka kembali mengunjungi Malaysia.
Bilangan bumiputera yang aktif sebagai pemandu pelancong masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Begitu juga, bilangan agensi pelancongan Bumiputera yang beroperasi di Malaysia masih lagi kecil berbanding dengan golongan bukan Bumiputera. Tahap kemahiran bahasa antarabangsa selain daripada Bahasa Inggeris dalam kalangan Bumiputera juga perlu dibaiki lagi.
Adalah jelas bahawa Bumiputera perlu mempergiatkan usaha dan menyiapkan diri untuk menceburi bidang kerjaya yang mencabar ini, yang mungkin merupakan kerjaya yang agak asing bagi masyarakat bumiputera sebelum ini. Minat menjadi pemandu pelancong perlu dipupuk sejak dari awal lagi dan penerangan kerjaya perlu diadakan di sekolah-sekolah untuk mempromosikan bidang pemandu pelancong kepada para pelajar.
Intensif dan galakan tertentu juga perlu untuk menarik minat para belia untuk menjadi pemandu pelancong. Kerjaya sebagai pemandu pelancong perlu dilihat dari skop yang lebih luas iaitu bukan semata-mata sebagai seorang pegawai penerangan tetapi sebagai seorang pegawai pemasaran yang cuba mempromosikan produk-produk pelancongan yang kompetatif. Kemampuan seorang pemandu pelancong mempamer, menerang dan meyakinkan para pelancong mengenai kualiti dan keunggulan produk pelancongan di Malaysia adalah satu kejayaan peribadi dan kejayaan negara keseluruhannya.
Bumiputera sebagai satu kumpulan etnik yang disignifikasikan di Malaysia sewajarnya turut serta menjayakan aspirasi negara memperkenalkan Malaysia kepada komuniti antarabangsa dengan menceburi bidang pemandu pelancong.
PROGRAM BAKTI SISWA
Program Bakti Siswa Ekspedisi Sg Janda Baik Bersama Komuniti janda baik telah diadakan pada 5 September - 7 September 2014 bertempat di Kg Janda Baik, Pahang. Program ini bertujuan untuk memenuhi objektif pembejaran dalam mendekatkan pelajar dan staf akademik dengan masyarakat setempat.
Program Bakti Siswa ini juga mendapat kerjasama dari pihak setempat seperti AJK Homestay Kampung janda Baik, Persatuan Belia kampung janda Baik, Komuniti Rukun Tetangga dan masyarakat setempat.
Seramai 33 orang pelajar dan 2 orang pensyarah sebagai pengiring terlibat dalam Program Bakti Siswa ini. Pelbagai aktiviti disusun seperti jungle tracking, aktiviti sukan rakyat, gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan rewang memasak bersama penduduk kampung. Semoga pelajar JPH dapat memanfaatkan daripada aktiviti yang dijalankan.
Wednesday, April 26, 2017
PROGRAM JAMBATAN KASIH
Program Jambatan Kasih Merdeka adalah satu program dimana ianya bertujuan untuk menyuntik semangat kasih sayang antara sesama insan. Program ini merupakan satu program sukarelawan yang dikendalikan oleh Puan Suriyati Binti Tajruddin dan Puan Nur Liyana Binti Sahiffudin. Program ini berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Sinar Suria Temerloh Pahang pada tarikh 9 Setember 2014. Selain dari mengeratkan perhubungan siraturrahim sesama insan, program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk menjadi lebih kuat didalam menempuh hari hari yang mendatang.
Tuesday, April 25, 2017
Friday, April 7, 2017
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program Pelancongan dan Hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Program Diploma Pengurusan Pelancongan direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global, pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran pelajar secara kreatif.
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH telah diperkenalkan pada November 2010 di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dengan pengambilan pelajar pertama pada Sesi Jun 2011. Program Diploma Pengurusan Pelancongan ini mengambil masa selama 6 semester meliputi pelbagai kompetensi yang digunakan disamping kebolehan yang dikaitkan dengan industri itu pada tahap kemahiran yang berbeza.
Disamping itu , program ini juga menggabungkan pembelajaran berbentuk amali dan pengalaman serta penempatan latihan industri selama enam bulan yang berstruktur sebagai persediaan pelajar untuk memenuhi keperluan dan kemahiran kompetensi ditempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan serta membolehkan mereka memasuki pasaran buruh sebaik sahaja tamat pengajian mereka disini.
Subscribe to:
Posts (Atom)